Put any content you wish into these mega menus. Utilize the power of Core framework to create anything directly in Oxygen.

Buat Sendiri Racun Organik - Mudah Dan Murah

Tak perlu guna racun kimia yang mahal apabila kita boleh buat racun organic sendiri yang lebih murah dan senang.

Cuba resipi ini.

 

Resipi Racun Organik

Bahan A:

1 labu bawang putih

6 biji cili padi

500 ml air

Kisar semua bahan A dan peram selama 24 jam.

 

Bahan B

1 sudu makan minyak masak

1 sudu the sabun pencuci pinggan

Alat:

Penapis

Penyembur – 1.5 L

 

Cara buat:

Bahan A yang dikisar dalam blender tadi ditapis dan ambil patinya. Hampas kisaran tadi bolehlah dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.

Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.

 

Cara Menggunakanya

  1. Masukkan 100 ml pati dan bahan B ke dalam penyembur.
  2. Isi air penuh botol penyembut 1.5 L tadi.
  3. Goncang sehingga sebati. Sekarang dah boleh guna untuk sembur ke pokok kita.
  4. Apabila sembur, biar daun sampai basah. Jangan lupa sembur bawah daun sebab disitu biasanya serangga menyorok.
  5. Bagi pokok yang bermasalah sembur 3 hari sekali. Bagi yang tiada masalah sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Selamat Mencuba!

Kongsi artikel Ini

 

Related Posts