Put any content you wish into these mega menus. Utilize the power of Core framework to create anything directly in Oxygen.

MARI KITA HAFAL DOA AL AFIAYAH

Do'a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!

Kita sentiasa mendengar perkataan sihat wal afiah. Tetapi adakah kita mengerti bahawa perkataan afiah mempunyai makna yang luas dan mencakupi banyak perkara.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah.

(Ya Allah, aku memohon kepada Mu 'Aafiyah).

 

'Aafiyah bermaksud :

Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa.

Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'Aafiyah.

Untuk mempunyai wang yang cukup, kita haruslah berada di dalam 'Aafiyah.

Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'Aafiyah.

Untuk mahukan anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'Aafiyah.

Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'Aafiyah.

Jadi, pada asasnya 'Aafiyah itu bermaksud :

"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".

 

Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-

"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Aafiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yang lebih baik daripada 'Aafiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

"Ya Allah, aku memohon kepada Mu agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yang berat."

Semua ini termasuk di dalam Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah

(Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

 

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Related Posts