Put any content you wish into these mega menus. Utilize the power of Core framework to create anything directly in Oxygen.

Puding Roti Karamel

Bahan berkaramel:

2 sudu gula

Sedikit air (Anggaran 4 sudu)

Masak gula atas api perlahan. Bila dah kekuningan masukkan sedikit air. Kacau sampai sebati. Ratakan dalam loyang 8 atau 9 inci. Ketepikan.

 

Bahan A:

20gm agar-agar bertali

5 1/2 cawan air

3/4 cawan gula

Cara:

  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula.
  3. Kacau dan perlahankan api.

 

Bahan B:

5 keping roti gardenia (carik-carikkan)

1 tin susu cair

1 biji telur

2 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar butter/marjerin

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)

Pewarna (ikut pilihan) Boleh guna pewarna ungu, pink dan kuning

Cara

  1. Blender bahan di atas (kecuali tepung kastard dan pewarna) hingga hancur halus
  2. Tuang ke dalam periuk agar2 tadi.
  3. Besarkan api semula. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh. Kacau sebati hingga mendidih.
  5. Tutup api.
  6. Ambil 2 cawan agar-agar dan tuang dalam loyang berkaramel tadi.
  7. Biarkan sedikit beku.
  8. Lebihan agar-agar tadi bahagi kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink dan kuning.
  9. Tuang agar-agar ungu atas agar-agar yang sedikit beku perlahan-lahan hingga habis. Kemudian warna pink dan seterusnya warna kuning.
  10. Kena buat dengan cepat tetapi cermat sebab puding roti ni cepat beku.
  11. Kalau rasa dah beku. Panaskan sekejap atas api perlahan.
  12. Tunggu beku/sejuk baru simpan dalam peti sejuk.
  13. Selepas 2 jam bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yg rata.. Potong ikut suka. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit : Zura Zul‎

 

Related Posts