Put any content you wish into these mega menus. Utilize the power of Core framework to create anything directly in Oxygen.

Tahukah Anda Senang Sangat Nak Tanam Bayam Brazil

Ramai di antara kita kurang biasa dengan nama pokok bayam brazil. Saya pun baru-baru ini sahaja tahu tentang bayam ini. Rupa-rupanya ada pokok ini kat rumah. Sebelum ini tak tahu pun nama pokok ni, tapi oleh kerana ia senang hidup, segar dan cantik, maka saya taklah buang pokok ini. Bila tengok gambar yang dihantar oleh anak buah saya barulah tahu ianya bayam brazil. Banyak juga khasiatnya.

Pokok ini jenis renek dan berbatang lembut dan berdaun kerinting. Sangat mudah ditanam menggunakan keratan batang. Potong dalam 10-15 cm dan cucuk dalam pasu. Sebelum tanam buang beberapa daun yang kat bawah. Ianya ada dijual di pasar tapi tak semua pasar ada. Kalau jumpa boleh terus beli dan guna sebahagian utk tanam.

Dalam masa seminggu ianya mula mengeluarkan pucuk dan daun baru. Seelok-eloknya siram 2x sehari supaya ia tumbuh subur.

Baja sebanyak 2x dalam sebulan.

CARA MENANAM

  1. Pilih bahagian pucuk berwarna hijau dan segar. Panjang keratan lebih kurang 10cm hingga 15cm
  2. Buang daun di bahagian bawah
  3. Potong bahagian pangkal secara serong
  4. Cucuk separuh dari panjang keratan ke dalam medium, secara tegak atau mengiring. Siram medium. Letakkan di tempat teduh dan siap.

Cara menanam

TUAI

Kita boleh mula tuai apabila daun mula merimbun. Tuai bersama batangnya sekali. Selepas tuai jangan lupa untuk baja supaya ia akan hidup segar.

BAGAIMANA NAK MEMASAK?

Tidak digalakkan makan mentah sebab mengandungi asid oksalid yang mana ia tidak sesuai bagi orang yang ada penyakit gout. Sebaiknya dicelur dahulu supaya kurang asid tersebut. Tapi bagi yang tidak ada penyakit boleh aje makan mentah dan buat macam salad iaitu makan bersama tomato, bawang putih dan cuka. Disebabkan ianya rangup, ia sesuai dibuat ulam.

Anda boleh buat masak gulai lemak bersama dengan ikan bilis atau buat goreng dengan belacan.

Gulai Lemak

Ni beberapa resipi yang saya pernah cuba yang saya dapat dari internet.

Ramuan

  1. 20 btg bayam brazil
  2. 1 biji bwg besar dikisar
  3. 5 biji cili padi kisar
  4. 1 biji kentang dipotong dadu
  5. 1 genggam ikan bilis tumbuk kasar
  6. 30 gm suhun
  7. 300 ml santan
  8. 500 ml air
  9. 1 sdk serbuk kunyit
  10. 2 sdk garam dan bahan perasa

Langkah

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang kisar, cili padi dan ikan bilis tumbuk serta serbuk kunyit ke dalam periuk.Masukkan kentang.Tunggu hingga bahan kisar kering airnya.
  2. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih dan kentang empuk. Akhir sekali masukkan bayam brazil dan suhun.
  3. Masukkan garam dan perasa.
  4. Dah siap untuk dimakan panas-panas.

Kerepek Bayam Brazil

Ramuan

  1. Bayam brazil
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 1/2 cawan tepung jagung
  4. 1 sdt kapur (ambil airnya sahaja)
  5. 1 biji telur
  6. 1 sdb jintan manis
  7. 1 sdt lada sulah
  8. Garam secukup rasa
  9. Air secukupnya

Langkah

  1. Cuci bayam brazil bersih-bersih. Tos dan ketepikan sebentar.
  2. Masukkan semua bahan yang lain ke dalam blender.
  3. Blend sampai sebati dan tidak berketul.
  4. Tuangkan ke dalam bekas.
  5. Panaskan minyak.
  6. Ambil daun bayam brazil tadi (sikit-sikit).
  7. Celup dalam adunan tepung dan terus masukkan ke dalam minyak panas.
  8. Goreng sampai perang. Angkat dan toskan minyak.
  9. Siap untuk dimakan.

Cekodok Maggi Campur Bayam Brazil

Ramuan

  1. Sebungkus maggi kari
  2. 1 biji telor
  3. Serbuk kari maggi
  4. Tepung gandum naik sendiri
  5. Bayam brazil / daun sup / daun bawang / ikan bilis
  6. Garam dan serbuk perasa
  7. Air utk bancuhan

Langkah

  1. Rendan maggi dgn air panas sampai lembut. Tos.
  2. Masukkan telur, serbuk maggi, tepung gandum, bayam brazil dan lain-lain.
  3. Masuk air dan kacau. Jangan terlalu pekat / cair. Macam kita buat cekodok bawang.
  4. Biar bancuhan setengah jam.
  5. Goreng.
  6. Dan makan panas-panas bersama sos cili.

Related Posts